26 February 2016

Mari Mengenal United Kingdom

Assalamualaikum~
Bismillah~

Sedar tak sedar dah dua bulan diri ini dalam kemalasan. Jadi, jangan ditanya kenapa blog ni senyap, sebab ambe malas. Tapi dalam kemalasan tu, ada pula kerajinan untuk mengular ke utara Britain, yakni Tanah bangsa Celtic (Scotland). Aik, Celtic??? ape tu?? Haaaa.... sebelum abang payung gambar kembara Scotland, jom kita daftar kelas sejarah UK 101. 

Kebanyakan orang kita bila dengar UK, mesti woaaaaaa..... UK~~~ sambil terbayang orang kat London lalu lalang sambil pakai payung hitam sambil tahan teksi warna hitam. Tapi, sebenarnya tu hanyalah gambaran di bandar besar dalam England. UK sebenarnya merangkumi 4 buah negara, yakni England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara. Kenapa ada dua Ireland? haaaaa, tu kita buka kelas lain pulak ye. Dalam UK ada dua utama (dah UK pon memang pulau kan) iaitu Pulau British atau dipanggil Great Britain (GB) dan Pulau Ireland. GB merangkumi England, Scotland, dan Wales sahaja, dan tidak termasuk North Ireland. Jadi, lepas ni kalau melancong ke London, jangan sembang macam dah jalan satu UK ok, dan jangan berharap nak main salji kat London.

Bila sebut GB dan N. Ireland, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.

1. Bahasa 4 negara ni tak sama. (walaupun mereka bahasa rasmi mereka BI)
2. Bangsa mereka berbeza, walaupun ada yang satu rumpun. (dari segi penduduk asal, bukan imigran)
3. 4 negara ni ada bendera sendiri. (macam bendera negeri-negeri kongsi 1 bendera negara)
4. England tidak disukai oleh 3 negara lain. (sebab lain keturunan)
5. Orang UK suka perli orang Perancis (terutama Inggeris)

Hahahaaa, okeyyy.... stereotaip di situ, tapi itulah hakikat. Jadi sesiapa yang mengaku Londoners tak payah nak bajet kat tempat orang k, orang tak suka. 


1.Bangsa Keturunan
Sentuh bab keturunan, bangsa yang buka kawasan, beraja, ada dua. Wales, N. Ireland, dan Scotland didiami oleh orang Celt ataupun Celtic(bahasa) manakala England didiami oleh Anglo-Saxon. Orang Celtic pon pecah kepada Gaels yakni orang Scottish (bahasa Gaelic) dan Irish  serta Briton iaitu Welsh (bahasa Cymraeg) dan selatan England. Kaum Celtic ni orang asal UK lah kiranya. Lepas tu, datang pulak orang Anglo-Saxon tubuh kerajaan yang sekarang ni jadi England. Tak lama lepas tu, Rom jatuh dan lari dari Britannia (GB) orang Norman (daripada Normandy) pulak datang pegang England, campur-campur jadi Anglo-Norman. Jadi, dalam UK kira ada dua rumpun, yakni Anglo-Saxon (England) dan Celtic (Ireland, Wales, Scotland). 

2.Bahasa 
Kalau dalam rumpun Malayo-polynesian (Melayu) pon macam-macam bahasa ada, belum kira dialek lagi, kat 4 buah negara ni pon ada bahasa sendiri, English (ofkos la kan), Welsh Cymraeg, Scottish Gaelic, dan Irish, dan ada juga macam-macam dialek/accent. Jadi jangan ingat korang dah terer BI pegi sana boleh borak panjang dengan mereka. Kena dengan Scottish nganga lah kamu ya. Terus terang, saya pertama kali jejak kaki di Wrexham pon garu kepala terkebil-kebil nak faham loghat akak cashier, - 'dcho waont plastibag', 'eerrr... sorry'. last skali akak tu pon pasrah sambil tunjuk jabir rokrak. Lama-lama, yakin la sikit borak dengan depa. Bahasa Welsh pon tahu la sikit.. 'llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch'.. lalalaa...

3.Bendera
Kalau tanya macam mana bendera UK boleh la kalian jawab ya tak? Cuba lukis bendera Wales pulak nak tengok acane. haaa, kena Parkinson tangan dibuatnya. Bagi 4 negara dalam UK, ada 4 jenis bendera mewakili tiap negara dalam UK. Pertama,

England

Paling kurang orang Malaysia mesti kenal kan bendera putih palang merah milik England kan? untung geng pengakap UK bila masuk ujian lencana, lukis bendera, amek kertas A4 kaler putih, letak bentuk lanskap, pastu berus bentuk palang dengan warna merah, dah lulus.

Scotland

Bendera warna biru pangkah putih ni pula milik Scotland. Mungkin sebab tu orang Scottish suka warnakan muka dorang dengan warna biru, lepas tu jerit FREEDOOMMMM!!!!!! ala-ala filem Braveheart. 

North Ireland

Aiikk??? bukan bendera Ireland kaler Hijau putih Oren ke?haaa.. Jangan keliru dengan Ireland lagi satu, bendera putih pangkah merah ni khas untuk Ireland dalam UK sahaja. Seperti yang dinyatakan, Ireland ada dua, Ireland EU dan Ireland UK. Yang orang duk sembang megah melancong ke Dublin tu Dublin ni sebenarnya ibu negara kepada Ireland EU. Ireland UK ibu negara dia Belfast. Ingat ya.

Dan akhir sekali,

Wales

Tudiaaa.... orang lain main pangkah-pangkah ja, depa lukis naga teruih! Ni la naga kebanggaan orang Welsh. Wales ataupun Cymu dalam bahasa dia agak unik sebab ada naga yang juga terdapat di jata negara Wales. Padan muka geng pengakap UK, dah berharap senang nak lulus, sekali kena lukis bendera Wales da. Antara sebab orang Wales tak suka oum inggeris puncanya bendera-bendera ni la. Nak tahu kenapa? kita tengok Bendera UK.


United Kingdom

Ni la dia bendera UK yang makcik-makcik Malaysia suka sangat beli terutama dalam bentuk fridge magnet tampal kat peti sejuk.Cuba tengok betul-betul bendera tu, perasan tak bentuk pangkah-pangkah tu sama dengan bendera-bendera N.Ireland, England, dan Scotland. Haaaaa, betul sangkaan kamu semua. Sebenarnya bendera UK terhasil dengan gabungan daripada bendera-bendera negara dalam UK yakni N.Ireland, England, dan Scotland. Tapi tak nampak pon wakil bendera Wales. Kan.. Wales takde dalam bendera UK kan? sebab tu lah orang Welsh tak suka orang Inggeris. Kata 1 UK, kenapa tak lukis naga dalam bendera UK. Tak aci.

Kesimpulannya, ada banyak lagi yang kita tak tahu pasal UK ni. Jadi, andai ada waktu lapang masa melancong ke sini ke, belajar ke, kerja ke, rajin-rajin la korek sejarah pasal UK, baru boleh lawan sembang dengan jiran sebelah bila borak kenangan melancong. 


Saya Lt. M. Hj. Wan Ersyad, lapor keluar.

~DREAM TAKES FLIGHT~

No comments :

Post a Comment